Followers

Friday 21 January 2011

Nasi Harum Manis



Bahan-bahan
  • 1kg beras wangi | cuci dan tuskan
  • 1000 ml air
  • 200 ml susu cair
  • 5 sudu besar minyak jagung
  • 5 ulas bawang merah | hiris
  • 3 ulas bawang putih | hiris
  • 100 gm halia | hiris
  • 1/2 cawan isi jagung manis
  • 1/2 cawan lobak merah | sagat
  • Sedikit rempah empat sekawan
  • Sedikit garam
  • 2 helai daun pandan
  • Sedikit daun sup
  • Sedikit bawang goreng

Cara Menyediakan
  1. Panaskan minyak jagung dan tumiskan bahan hiris. Setelah naik bau masukkan rempah empat sekawan dan kacau sebati.
  2. Kemudian air, garam dan daun pandan. Biarkan mendidih, selepas itu barulah masukkan beras serta susu. Kacau sebati. Tanak seperti biasa.
  3. Apabila hampir kering, baru masukkan jagung dan lobak. Tanak sehingga masak. Akhir sekali, taburkan daun sup dan bawang goreng.

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...