Followers

Wednesday, 18 March 2009

Kari Ayam Ala Kampung


Bahan-Bahan

  • 1 ekor ayam dipotong 12 (Seeloknya Ayam Kampung)
  • 3 biji kentang dipotong 4
  • 7 ulas bawang merah (kecil)
  • 4 ulas bawang putih
  • 1/2 inci halia
  • 4 batang serai - dihiris dan ditumbuk
  • secubit halba
  • 1 bungkus kecil rempah kari Babas
  • 1 helai daun kunyit - dihiris halus
  • 5 helai daun limau purut - dihiris halus
  • 1 tangkai daun kari
  • 2 keping asam keping
  • 100 gm santan pekat
  • 3 cawan air
  • garam secukup rasa
  • sedikit serbuk perasa
  • 1 senduk minyak untuk menumis

Cara Memasak

  1. Tumbukkan bawang merah, bawang putih, halia, dan serai (tumbuk jangan lumat sangat).
  2. Kemudian, bancuhkan bahan2 yang ditumbuk tadi didalam mangkuk bersama-sama dengan serbuk kari dengan sedikit air.
  3. Panaskan minyak didalam periuk, tumiskan daun kari dan halba.
  4. Tumiskan pula bahan2 bancuhan tadi. Tumis hingga naik bau.
  5. Masukkan secawan air dan santan kemudian masukkan ayam dan kentang
  6. masukkan lagi air, biarkan ianya mendidih sehingga ayam dan kentang masak hingga empuk (lebih kurang 30 minit)
  7. Akhir sekali masukkan asam keping, garam, serbuk perasa daun kunyit dan daun limau purut


Cadangan Masakan
tiada
Saiz Hidangan : 6 orang | Sumber Resipi : Resepi bonda

1 comments:

Miss Nina said...

Terima kasih atas resepi masakan ini. Patut cuba! =)

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...