Featured Posts

Thursday, 21 July 2011

BISKUT MAZOLA


Bhn2..(118 bj)
3 cwn tepung gandum*
1 sdk baking pwdr* - *satukn n ayak
2 1/2 cwn kacang tanah - goreng tanpa minyak - kisar halus
1 sdk esen vnla
1 cwn gula halus
Secubit garam
3 kuning telur
1 1/2 cwn myk mazola
1 kuning telur - utk dsapu
Kacang tanah utk hiasan

Cara2nya..
1. Satukn tepung gandum, baking pwdr, kacang kisar, esen vnla, gula halus, garam n kuning telur. Gaul hingga sume rata.
2. Tuang minyak mazola sdkt2 smbil mgaul adunan td hingga mjd doh yg bole dkepal, kalu kurang bole tmbh lg.
3. Ambil adunan dlm 10 gm, bulat2kn spti guli, tekan sdkt atsnya n susun dlm dulang pbakar yg dlenser dgn sdkt butter.
4. Hias dgn kacang tanah, tekan sdkt lg n sapu sdkt kuning telur.
5. Bakar dlm oven pd suhu 175C, slama 25 mnt, bgantung pd oven msg2.
6. Bila masak, biarkn biskut ats dulang shingga suam, br d alihkn ats jaringan.
7. Biskut agak rapuh masa br2 dkeluarkn dr oven.

Biskut Cornflakes Madu





Bahan-bahan

8 oz cornflakes
4 oz butter
2 oz gula castor
3 - 4 sudu besar Golden Syrup
Chocolate chips secukupnya

Cara-cara

1. Ramaskan cornflakes kasar-kasar
2. Pukulkan butter + gula hingga kembang dan baru masukkan cornflakes.
3. Kemudian masukkan golden syrup gaul rata dan akhir sekali masukkan chocolate chips.
4. Letakkan dalam small cups dan bakar.

TART NENAS



Bhn2 doh..

150 gm butter
100 gm margerine
50 gm gula aising
2 kuning telur
1 sdk esen vnla
Secubit garam
Poppy seed scukupnya
350 gm tepung gandum*
50 gm tepung jagung* - *dgaul n ayak

Bhn2 utk gliss..
1 kuning telur
1 sdk susu cair
Secubit garam
1/4 sdk air
1/4 sdk esen vnla

Bhn2 jem nenas..
450 gm nenas yg mangkal
180 gm gula kastor
1/2 sdk esen nenas
1/2 sdk jus lemon

Cara2nya..
UNTUK JEM NENAS
1. Parut nenas n masak bsama gula hingga mdidih.
2. Masukkn esen n jus lemon, kacau rata n masak ats api plahan shingga jem pekat n hmpr kering dlm 1 jam.
3. Matikn api n sejukkn. Bulat2kn jem n bentukkn bujur, anggaran 1/2 sdk utk stiap biji. Buat hingga siap.

UNTUK DOH
1. Pukul butter, margerine n gula aising hngga bkrim.
2. Masukkn kuning telur, esen vnla n garam, pukul lg.
3. Plahankn speed, masukkn tepung sdkt2 hingga hbs n adunan mjd doh yg lembut.
4. Tutup doh dgn tuala lembap utk kgunaan kemudian.

UNTUK GLIS
1. Satukn sume bhn2 utk menglis n ketepikn utk kegunaaan kemudian.

UNTUK TAT NENAS GULUNG
1. Ambil sdkt doh dlm 10 gm, bulat2kn, leperkn, ambil sdkt jem nenas, ltk pd adunan, bulat2kn smula, lonjongkn spt bentuk nenas, gunting pd adunan mgunakn hujung gunting dr ats ke bwh utk mjdkn sprt bentuk duri nenas. Buat smpi hbs.
2. Sapu loyang pbakar dgn sdkt butter n isikan adunan yg telah siap dbuat.
3. Sapukn sdkt glis ats tat td n tabur sdkt poppy seed.
4. Bakar dlm oven yg tlh dpnskn pd suhu 175C slama 20 mnt ato shingga masak.
5. Sejukkn ats jaringan sblm dsmpn dlm bekas kedap udara.


SHORTBREAD



Bhn2 shortbread..
300 gm tepung gandum
80 gm gula castor
80 gm serbuk badam
250 gm butter
110 gm susu tepung


Bhn2 coklat topping..
350 gm coklat masakkan jenama TULIP
1 sdk shortening
100 gm coklat masakan putih TULIP


Cara2nya..
1. Satukn sume bhn2 utk shortbread dlm satu bekas, gaul hngga adunan mjd doh yg lembut.
2. Kuarkn alat pmotong dr loyang 12 x 12 x 1 inci, alaskn loyang dgn krts minyak, biar besar dr saiz loyang.
3. Masukkn doh ke dlm loyang n ratakn hngga memenuhi loyang. Tekan2 spya sama rata n seimbang spt gmbr dbwh.



4. Masukkn kembali alat pemotong n tekan plahan hingga rata.




5. Bakar dlm oven pd suhu 150C slama 30 mnt.
6. Kuarkn dr oven, biar suam n kuarkn alat pmotong td n sejukkn dlm fridge dlm 15 mnt.
7. Pnskn coklat masakn scara double-boiler, bila coklat cair, masukkn shortening n kacau hingga rataa. Angkat coklat td n tuang atas shortbread. Ratakan coklat hngga memenuhi pmukaan shortbread. Ketepikn sbntr.
8. Cairkn coklat putih scara double-boiler. Bila cair masukkn dlm piping beg n paipkn beberapa garisan memanjang ats coklat td. Bila siap, ambil lidi sate, lorek ke kanan n ke kiri scara mlintang garisan coklat putih td hingga mdpt corak yg d ingini.




9. Kemudian, masukkn kembali alat pemotong td n tekan plahan2.


10. Sejukkn dlm peti sejuk hingga colat keras, keluarkn alat pemotong n boleh d asing2kn shortbread td sblm dsmpn dlm bekas kedap udara.


acuan shortbread 12 x 12 x 1 inci..

RAMADHAN DATANG LAGI..... ALHAMDULILLAH..

TAK LAMA LAGI KITA DAH NAK MULA PUASA.. TENTU RAMAI YG DAH MULA MENCARI2 RESEPI KUIH RAYA KAN?? JOM LA KITA CARI SAMA2 DAN KONGSI SAMA2 RESEPI2 KUIH RAYA TU....

SELAMAT BERPUASA DAN SELAMAT BERKONGSI RESEPI DI SINI!!

Tuesday, 5 April 2011

Pai Daging


Bahan Pastri:

200 gm tepung gandum
150 gm marjerin pastri
Sedikit garam
100 gm air dari peti sejuk

Cara menyediakan:

1. Ayak tepung dalam bekas dan satukan dengan 26 gm (daripada 150 gm) marjerin pastri, masukkan garam. Masukkan air sedikit sedikit sambil mengadun hingga menjadi doh.

2. Pastri yang lebih dibahagikan kepada 3 bahagian. Canai dan letakkan satu bahagian marjerin yang telah dipotong kecil dan lipat seperti sampul. Canai perlahan-lahan supaya pastri menjadi lembut.

3. Sejukkan terlebih dahulu dalam peti sejuk barulah diulangi lagi proses mencanai, meletakkan marjerin, melipat dan sejukkan dua kali lagi.

4. Keluarkan doh dari peti sejuk, canai perlahan, isikan dalam acuan pai berbentuk hati dan isikan inti, kemudian bakar hingga masak.

Bahan Inti:

300 gm daging - didadu kecil
1/4 cawan hirisan kubis
3 sudu kacang pis
1 batang lobak merah kecil - didadu kecil
1/2 sudu kecil jintan manis - ditumbuk
1 labu bawang besar - dipotong dadu
3 ulas bawang merah - dipotong dadu
2 ulas bawang putih - ditumbuk
1/2 cm halia
2 sudu besar cili kisar
Minyak untuk menumis
Air, garam dan gula secukup rasa

Cara menyediakan:

1. Panaskan minyak, tumis bawang tumbuk, cili kisar, jintan manis dan halia hingga masak dan naik minyak.

2. Masukkan daging diikuti sedikit air dan kacau sebentar, biarkan hingga empuk sambil dikacau.

3. Apabila empuk, masukkan lobak merah dan kubis. Kacau sebentar, masukkan kacang pis, garam, gula dan bawang besar. Jangan dimasak terlalu lama kerana akan dibakar di dalam kulit pai.

Roti Kubur (pernah dengar tak?)


Bahan-bahan:

1 kg tepung gandum
2 1/2 cawan air atau mengikut kesesuaian tepung
1 sudu kecil garam
Minyak untuk menggoreng
Gula secukup

Cara Menyediakan:

1. Masukkan garam ke dalam air. Kacau hingga sebati.

2. Tuangkan air bergaram sedikit demi sedikit ke dalam tepung dan uli hingga sebati. Jika keras, basahkan air di tangan dan uli lagi. Jika lembik pula, taburkan sedikit tepung dan uli hingga tepung lembut dan tidak melekat di jari.

3. Ambil sedikit doh, canai nipis kemudian terap bulat dengan mulut gelas.

4. Sapu sedikit minyak dan tekan lagi doh hingga benar-benar nipis seperti roti canai.

5. Goreng hingga kekuningan dan tuskan minyaknya sebelum ditaburkan gula di antara dua keping roti.

Puteri Dua Sebilik


Bahan-bahan:

2 cawan tepung pulut hitam
2 keping gula kabung - dipotong empat segi kecil
3 cawan santan pekat
1/2 sudu besar tepung kanji
Sedikit gula pasir untuk tabur
Daun pisang - dibentuk sampan

Cara Menyediakan:

1. Bancuh tepung pulut dengan air hingga menjadi doh seperti buah melaka. Bentuk bulat dan isikan dalamnya dengan sekeping kecil gula kabung.

2. Masukkan dua biji doh kecil ke dalam daun pisang.

3. Di dalam mangkuk lain, satukan santan dan tepung kanji. Kacau rata dan tuangkan ke dalam sampan daun pisang berisi doh pulut tadi.

4. Taburkan gula pasir dan kukus hingga masak.

Piza Sayuran


Bahan-bahan:

Doh piza secukupnya
Sos piza yang ditambah sedikit serbuk lada hitam secukupnya

Bahan Inti:

1/2 batang lobak merah - potong kecil
1/2 biji lada benggala - potong dadu
5 jagung muda - dibelah
5 keping cendawan butang - dihiris
1 biji tomato - dihiris
100 gm parutan keju mozzarella

Cara Menyediakan:

1. Celur semua sayuran hingga setengah masak.

2. Sapukan sos ke atas doh piza, aturkan bahan inti di atasnya dan bakar selama 20 minit.

3. Keluarkan piza, taburkan keju dan bakar lagi selama lima minit.

Doh Piza

Bahan asas:

1 sudu kecil gula
2 sudu kecil yis
250 gm tepung gandum
1 sudu kecil garam
155 gm air
Sedikit air suam

Cara Menyediakan:

1. Campurkan gula dengan yis dan sebatikan dengan air suam, biarkan selama 15 minit sehingga yis kelihatan berbuih.

2. Masukkan tepung bergaram ke dalam mangkuk pengadun.

3. Tuangkan bancuhan yis yang sudah kembang di tengah-tengah tepung, adun dengan mesin pengadun. Mulakan dengan kelajuan nombor satu dan tingkatkan kelajuan. Sambil mengadun, tambahkan air sdikit demi sedikit dan adun hingga sebati.

4. Keluarkan doh dan uli dengan tangan sebentar. Sekali lagi adun dengan mesih hingga adunan licin.

5. Rehatkan selama 20 minit.

6. Canai dan potong mengikut saiz acuan, isikan doh dalam acuan dan cucuk-cucuk dengan garpu supaya doh tidak menggelembung apabila dibakar.

7. Ratakan sos dan taburkan inti mengikut pilihan anda, diikuti keju sebelum dibakar.

Bahan Asas Sos Piza

1 labu bawang besar - dicincang
3 ulas bawang putih - dicincang
Minyak untuk menumis
2 sudu besar puri tomato
1 sudu besar sos tomato
1 helai daun bay
Sedikit oregano
Garam secukup rasa
Sedikit minyak untuk menumis

Cara Menyediakan:

1. Tumis bawang besar, bawang putih dan daun bay hingga lembut. Masukkan sos serta puri tomato diikuti sos cili, oregano dan garam. Kacau sebentar dan biarkan hingga pekat.


Pajeri Terung


BAHAN-BAHAN:

2 biji terung panjang (potong tiga)

1 cawan santan pekat

40 gm udang kering (tumbuk)

4 ulas bawang merah (tumbuk)

3 ulas bawang putih (tumbuk)

1 peket kecil serbuk kari ikan

Gula dan garam

2 sudu besar kerisik


CARA MENYEDIAKAN:

1.Tumis bahan tumbuk hingga naik bau dan garing.

2.Kemudian tuangkan serbuk kari yang dibancuh dengan air. Biarkan tumisan pecah minyak.

3.Kemudian tuangkan santan dan masukkan terung. Biarkan kuah mendidih dan bubuhkan

garam dan gula.

4.Akhir sekali masukkan kerisik. Biarkan kuah mendidih dan pekat serta terungnya lembik.

Sunday, 20 March 2011

Mee Kuah Daging


Bahan-bahan:

500 gm mi
100 gm daging batang pinang - dipotong kecil
20 gm udang kering - ditumbuk
3 batang sawi - dikerat 3 cm
3 biji tomato - dibelah 8
4 ulas bawang merah - ditumbuk halus
2 ulas bawang putih - ditumbuk halus
2 cm halia - ditumbuk halus
3 sudu besar cili kisar
3 sudu besar tomato puri
1/2 cawan minyak masak
1 kiub pati ayam
4 cawan air
2 sudu besar tepung jagung - dibancuh dengan sedikit air
Garam dan gula dan secukup rasa

Cara Menyediakan:

1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang merah, bawang putih dan halia yang ditumbuk halia. Kacau hingga naik bau kemudian masukkan cili kisar dan sedikit air. Kacau hingga rata dan biarkan hingga pecah minyak dan hilang bau cili.

2. Masukkan daging dan kacau. Biarkan hingga empuk kemudian masukkan udang kering dan kacau rata.

3. Tuangkan air dan masukkan kiub pati ayam, tomato puri, garam dan gula. Biarkan mendidih.

4. Masukkan mi, sawi dan tomato. Kacau hingga rata.

5. Akhir sekali masukkan bancuhan tepung jagung, kacau dan padamkan api. Sewaktu menghidang, hiaskan dengan hirisan limau nipis, bawang goreng dan kacang tanah yang sudah digoreng dan ditumbuk.

Mee Segera Gulung


Bahan-bahan:

1 bungkus mi segera perencah ayam
(celur dan tuskan airnya kemudian gaul dengan perencahnya)
6 biji telur
(dicampur serbuk lada sulah serta garam, dipukul dan didadar nipis menjadi 5 keping)

Bahan Kuah:

200 gm isi ayam
150 gm sotong
150 gm udang
3 cawan stok ayam
Sedikit lada sulah
Serbuk perasa dan garam secukup rasa
2 batang isi ketam
4 ulas bawang putih - ditumbuk
6 ulas bawang merah - dicincang
1 batang lobak merah - dipotong bulat
1 cawan hirisan bunga kubis - dipotong kecil
1 biji tomato - dipotong baji
3 putik jagung - dipotong kecil
1 biji lada benggala hijau - dipotong kecil
1 tangkai cili merah - dihiris
Minyak untuk menumis
Sedikit bawang goreng

Cara Menyediakan:

1. Isikan mi di atas sekeping telur dadar dan gulung kemas.

2. Panaskan minyak, tumis bawang putih hingga wangi, tuangkan stok ayam dan perisakan dengan garam serta serbuk perasa.

3. Apabila mendidih masukkan isi ayam, sotong dan udang.

4. Apabila ayam empuk masukkan isi ketam bersama sayur-sayuran dan balik-balikkan hingga masak.

5. Letakkan gulungan telur ke dalam pinggan dan curahkan kuahnya. Taburkan bawang goreng serta hirisan cili merah.

Fusili Kaserol


(Resipi ini menggunakan ketuhar gelombang mikro)

Bahan-bahan:

200 gm fusilli
1 batang lobak merah - diparut
1/2 tin cendawan butang - dihiris
1 tangkai daun ketumbar - dihiris
1/2 sudu kecil oregano
250 gm keju mozarella - diparut
2 biji tomato
200 gm daging kisar
1 labu bawang besar - dihiris
Sedikit garam
2 sudu besar minyak
50 gm mentega
6 keping kulit popia basah
Air panas secukupnya

Cara Menyediakan:

1. Masukkan fusilli di dalam kaserol tinggi yang berisi air panas, campurkan minyak dan tutup dengan plastik lekap. Buat sedikit lubang.

2. Masak dengan 'HIGH' selama 8-10 minit sehingga lembut.

3. Tapis, tus dan gaulkan dengan mentega, ketepikan.

4. Sementara itu sediakan kaserol lain, masukkan daging, lobak merah, oregano, tomato, bawang, cendawan butang, garam dan daun ketumbar.

5. Masak dengan 'HIGH' selama 5 minit, keluarkan.

6. Campurkan fusili ke dalam kaserol yang berisi adunan daging tadi dan kacau rata. Bahagikan adunan kepada 4 bahagian.

7. Sediakan kaserol lain, masukkan bahagian pertama. Taburkan keju mozarella dan lapikkan dengan 2 keping kulit popia basah di atasnya.

8. Masukkan bahagian kedua, kemudian taburkan keju mozarella dan lapikkan dengan 2 kulit popia basah. Ulangi proses sama hingga habis keempat-empat bahagian.

9. Akhir sekali taburkan keju mozarella dan hias dengan tomato.

10. Masak dengan 'HIGH' selama 3 minit kemudian keluarkan.

11. Masak menggunakan 'CONVECTION' selama 10 minit untuk dapat warna keperangan. Angkat dan hidangkan.

Saturday, 19 February 2011

Asam Laksa


BAHAN A:

2 liter air

1 kg ikan kembung

100 gm asam gelugur (basuh)

100 gm daun kesum

100 gm lengkuas (titik)

1 batang serai (titik)

1 kuntum bunga kantan (potong)

3 sudu kecil pes otak udang

1 kg laksa basah

Garam secukup rasa

BAHAN A:

Nanas (hiris)

Timun (potong nipis dan panjang)

Lada merah (hiris)

Bawang besar (hiris)

Daun pudina

Sedikit petis

Sedikit hirisan bunga kantan

CARA MENYEDIAKAN:

1. Didihkan air dan rebuskan ikan kembung hingga masak. Angkat dan buangkan tulang ikan. Kemudian siat-siatkan isi ikan.

2. Tapiskan air rebusan ikan tadi dan campurkan bersama isi ikan, asam gelugur, daun kesum, lengkuas, serai dan bunga kantan.

3. Kemudian masukkan pes udang dan garam secukup rasa. Biarkan mendidih seketika.

4. Sewaktu merebus kuah asam laksa, anda bolehlah tuangkan sedikit air lagi.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...