Followers

Wednesday 18 March 2009

Ayam Kampung Goreng Berempah

Bahan-Bahan

  • 1 ekor ayam kampung (ayam daging pun boleh gak)
  • 6 ulas bawang kecil (merah)
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1 bungkus kecil rempah kari "daging & ayam Baba's"
  • 1 sudu kecil serbuk lada putih
  • sedikit serbuk perasa
  • garam secukup rasa
  • 2 tangkai daun kari yang dihiris halus
  • minyak untuk menggoreng


Cara Memasak
  1. Ayam dipotong 12 dan dibersihkan
  2. Tumbuk bawang putih, bawang merah, halia dan garam sehingga betul2 lumat
  3. Lumurkan bahan2 yang ditumbuk, serbuk lada putih, serbuk perasa, daun kari dan rempah kari pada ayam;
  4. Kemudian perapkan ayam tersebut selama 4-5 jam
  5. Selepas proses pemerapan, panaskan minyak secukupnya didalam kuali dan goreng ayam tersebut.
  6. Siap untuk dihidangkan.


Cadangan Masakan
Kalau nak lagi sedap, perap ayam semalaman. Ayam yang digoreng tadi lebih enak jika diperahkan dengan sedikit jus limau nipis/lemon. Boleh juga dimakan bersama-sama dengan peppermint sos.
Saiz Hidangan : 6 orang | Sumber Resipi : Mamadanish

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...