Followers

Friday 13 March 2009

Blueberry Cheese Tarts



Resipi ini sumbangan dari Aries, D import dari “Forum Resipi Diana”. Haaa nampak sungguh menyelerakan. Thank you ladies for sharing.

BLUEBERRY CHEESE TART

PASTRY (resepi chef anuar)
  • 160g butter
  • 80g gula castor
  • 1 st vanilla esen
  • sedikit garam
  • 1/2 biji telur
  • 250gm tepung gandum
Cara-cara
  1. Pukul butter bersama gula, esen vanilla, garam sehingga lembut (sekejap sahaja dan jgn sampai kembang nanti berminyak)
  2. Masukkan telur dan kacau sehingga sebati
  3. Masukkan tepung dan uli adunan sehingga menjadi doh. Kalau doh lembek, taruk tepung sedikit-sedikit. Doh sepatutnya lembut.
  4. Tekan doh pada acuan tart.
  5. 5 dough di simpan dalam fridge selama 30 minit sebelum ditekan ke acuan...bakar 180 degree Celcius selama 15 minit. Sejukkan dan lepas tu isi fillingnya dan bakar lagi selama 10 minit. Quite easy...cuba la....

Filling for blueberry cheese tart (resepi dari 1mas2ra)

  • 250g Philadelphia cream cheese
  • 60g gula caster
  • 20g butter
  • 1 'B' egg

Blueberry filling

Cara-cara

Untuk filling, pukul cream cheese, gula dan butter sampai kembang, masuk telur dan pukul hingga rata.Masukkan dalam piping beg.
Picitkan cream cheese di dlm tat shell & kemudian bubuhkan 1/2 sudu kecil blueberry keatasnya.

Nota:
Jika inti keju dibakar terlalu lama, permukaannya akan menjadi retak

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...