Followers

Tuesday 5 April 2011

Pai Daging

Gambar Hiasan


Bahan Pastri
  • 200 gm tepung gandum
  • 150 gm marjerin pastri
  • Sedikit garam
  • 100 gm air dari peti sejuk

Cara-cara menyediakan
  1. Ayak tepung dalam bekas dan satukan dengan 26 gm (daripada 150 gm) marjerin pastri, masukkan garam. Masukkan air sedikit sedikit sambil mengadun hingga menjadi doh.
  2. Pastri yang lebih dibahagikan kepada 3 bahagian. Canai dan letakkan satu bahagian marjerin yang telah dipotong kecil dan lipat seperti sampul. Canai perlahan-lahan supaya pastri menjadi lembut.
  3. Sejukkan terlebih dahulu dalam peti sejuk barulah diulangi lagi proses mencanai, meletakkan marjerin, melipat dan sejukkan dua kali lagi.
  4. Keluarkan doh dari peti sejuk, canai perlahan, isikan dalam acuan pai berbentuk hati dan isikan inti, kemudian bakar hingga masak.

Bahan Inti
  • 300 gm daging - didadu kecil
  • 1/4 cawan hirisan kubis
  • 3 sudu kacang pis
  • 1 batang lobak merah kecil - didadu kecil
  • 1/2 sudu kecil jintan manis - ditumbuk
  • 1 labu bawang besar - dipotong dadu
  • 3 ulas bawang merah - dipotong dadu
  • 2 ulas bawang putih - ditumbuk
  • 1/2 cm halia
  • 2 sudu besar cili kisar
  • Minyak untuk menumis
  • Air, garam dan gula secukup rasa

Cara menyediakan
  1. Panaskan minyak, tumis bawang tumbuk, cili kisar, jintan manis dan halia hingga masak dan naik minyak.
  2. Masukkan daging diikuti sedikit air dan kacau sebentar, biarkan hingga empuk sambil dikacau.
  3. Apabila empuk, masukkan lobak merah dan kubis. Kacau sebentar, masukkan kacang pis, garam, gula dan bawang besar. Jangan dimasak terlalu lama kerana akan dibakar di dalam kulit pai.

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...