Followers

Thursday 6 January 2011

Nasi Berlian



Bahan-bahan

  • Basmati 100 gm
  • kismis1 tangkai
  • daun bawang - dihiris halus
  • 2 tangkai daun sup - dihiris halus
  • 2 sudu kecil serbuk kunnyit
  • 30 gm bawang goreng
  • 1/2 cawan susu cair
  • Garam dan gula secukup rasa


Bahan-bahan menumis

  • 5 ulas bawang merah - dimayang
  • 3 ulas bawang putih - dimayang
  • 3 cm halia - dimayang
  • 1 tangkai cili merah - dibelah dua
  • 1 tangkai cili hijau - dibelah dua
  • 1 biji tomato - dibelah enam
  • 2 helai daun pandan
  • 5 cm kulit kayu manis
  • 5 biji buah pelaga
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 4 kuntum bunga cengkih
  • 1/2 sudu kecil biji jintan manis
  • 4 sudu besar minyak sapi


Cara menyediakan

  1. Sukat beras sebelum dibersihkan dan dituskan. Dengan menggunakan bekas yang sama, sukat pula air untuk memasak nasi. Ketepikan. (Sukatan air dan beras adalah sama)
  2. Panaskan minyak sapi di dalam periuk dan tumiskan kulit kayu manis, buah pelaga, bunga lawang, bunga cengkih dan jintan manis. Kacau sehingga naik baunya.
  3. Masukkan bahan-bahan yang dimayang, cili merah, cili hijau, tomato dan daun pandan. Kacau sehingga berbau harum.
  4. Masukkan air, susu cair dan serbuk kunyit kemudian biarkan hingga mendidih.
  5. Masukkan beras, garam dan gula. Kacau hingga rata dan biarkan mendidih.
  6. Bila kering airnya, kecilkan api dan tutup periuk (sekiranya menggunakan dapur biasa). Jika perlu, alaskan tin di bawah periuk untuk mengelakkan nasi berkerak atau hangit. Biarkan hingga nasi masak kemudian gembur supaya nasi tidak berketul.
  7. Sewaktu menghidang, taburkan daun sup, daun bawang dan bawang goreng.

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...