Followers

Tuesday 10 March 2009

Nasi Temasik & Ayam Berempah


Bahan-bahannya :-
1 kq beras siam atau beras beriani (bersih & toskan airnya)
8 ulas bawang merah )
4 ulas bawang putih ) di hiris halus
1 inci halia )
4 kuntum bunga cengkih
1 inci kulit kayu manis
5 biji buah pelaga
1 tin susu sejat Carnation or F & N
3 sudu besar minyak sapi
Air secukupnya untuk memasak nasi
serbuk perasa (jika suka)
garam secukup rasa
daun pandan
perwarna hijau, kuning & merah
sedikit badam (goreng atau bakar)
sedikit kismis & bawang goreng

Cara membuatnya :-

1) Panaskan periuk dan masak minyak sapi hingga cair. Tumis bawang merah, bawang putih, halia, bunga cengkih, kulit kayu manis & biji
pelaga hingga naik baunya.

2) Apabila bahan tumis garing, masukkan daun pandan dan beras.

3) Gaul rata dan setelah itu masukkan susu sejat, garam dan air yang secukupnya. Biarkan sehingga nasi masak dan elok keringnya.

4) Percikkan perwarna dan sedikit air mawar di atas nasi. Taburkan badam dan kismis sebelum menghidangnya.

Nota : Kalau tak bubuh perwarna & air mawar pun tak apa sebab nasi kita dah berbau harum. Ia untuk hiasan saja. Untuk kerja lebih mudah, kita boleh gunakan dapur elektrik untuk memasak nasi ni iaitu selepas beras di campur dengan susu sejat, garam & air. Kita blh transfer terus ke periuk elektrik.Tak payah nak risau nasi terhangit atau tidak. Dah masak hidangkan dengan badam, kismis dan bawang goreng.

AYAM BEREMPAH

1/2 ekor ayam - potong ikut suka & goreng separuh masak
3 tangkai chili hijau (tumbuk kasar)
1 ulas bawang putih (cincang)
1 inci halia (cincang)
2 ulas bawang besar (cincang)
2 sudu rempah kari ayam
2 sudu besar cili boh atau chili kisar
1/2 sudu serbuk lada hitam
3 sudu besar sos tomato
minyak masak secukupnya untuk menggoreng
1 cawan susu sejat F & N or Carnation
1 ulas bawang besar - belah enam
secawan air

Bahan pewangi :-
1 inci kulit kayu manis
2 kuntum bunga cengkih
1 biji buah pelaga
2 kelopak bunga lawang

Cara membuatnya :-

a) Satukan chili dan rempah, gaul rata.
b) Panaskan minyak dlm kuali. Tumis bawang merah, bawang putih, halia dan bahan pewangi sampai naik baunya.
c) Masukkan rempah, kacau sampai garing.
d) Masukkan ayam serta secawan air. Kacau rata dan tutup periuk. Masak sehingga ayam empuk.
e) Akhir sekali masukkan susu sejat, sos tomato, bawang besar, perasa & garam. Kacau hingga pekat & menggelegak.

Hias dengan bawang goreng semasa menghidangnya.

Boleh di makan panas-panas dengan nasi atau roti.

Selain dari guna ayam, kita juga boleh gantikan dengan daging lembu. Kalau lembu kena guna rempah kari daging pula.

1 comments:

Unknown said...

Alhamdulillah resepi saya masih ada lagi disini utk blogger.
Sila cubadan komen ya.
Salam sayang dan Selamat Hari Raya dr saya Nor Aniza Omar

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...