Followers

Showing posts with label Masakan Ayam. Show all posts
Showing posts with label Masakan Ayam. Show all posts

Thursday, 17 February 2011

Ayam Pedas Wangi



Bahan-bahan
  • 1 ekor ayam - dipotong & digoreng
  • 4 ulas bawang merah - dimayang
  • 3 ulas bawang putih - dimayang
  • 3 cm halia - dimayang
  • 5 cm kulit kayu manis
  • 3 kuntum bunga cengkih
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 4 sudu besar cili kisar
  • 3 besar sos tomato
  • 6 sudu besar sos cili
  • 1 1/2 sudu besar serbuk pati ayam
  • 2 cm belacan - dihancurkan
  • 2 labu bawang besar - dipotong tebal
  • 3 biji tomato - dibelah 4
  • 1 tangkai daun bawang - dikerat 2 cm
  • 1/2 cawan minyak
  • Garam dan gula secukup rasa

Cara Menyediakan
  1. Panaskan minyak, tumiskan bahan yang dimayang dan juga kulit kayu manis, bunga cengkih dan bunga lawang. Kacau sehingga wangi.
  2. Masukkan cili kisar, serbuk pati ayam, belacan dan sedikit air. Kacau dan biarkan sehingga pecah minyak.
  3. Masukkan sedikit air, sos tomato, sos cili, garam, gula dan bawang besar. Kacau dan biarkan mendidih. Jika terlalu kering, tambah sedikit air.
  4. Masukkan ayam dan kacau hingga rata.
  5. Akhir sekali masukkan tomato dan daun bawang. Kacau hingga rata dan angkat.

Tuesday, 8 February 2011

Ayam Halia

Gambar Hiasan




Bahan-bahan
  • 1 ekor ayam
  • 50 gm daun sup
  • 3 sudu besar sos tiram
  • 3 sudu besar kicap cair
  • 10 tangkai cili padi - diketuk
  • 4 ulas bawang putih - dimayang halus
  • 4 labu bawang besar - dipotong bulat
  • 4 cm halia - dimayang halus
  • Garam secukup rasa
  • Sedikit serbuk perasa
  • Serbuk lada putih secukup rasa
  • Minyak untuk menggoreng
  • Air secukupnya
  • 1 sudu besar hirisan daun sup untuk hiasan

Cara menyediakan
  1. Ayam dipotong kecil dan dibersihkan, kemudian gaul dengan garam dan lada sulah.
  2. Goreng ayam hingga setengah masak. Ketepikan.
  3. Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan-bahan hiris hingga naik bau.
  4. Masukkan ayam, cili padi, sos tiram dan kicap cair bersama sedikit air.
  5. Kacau sehingga sebati, masukkan serbuk perasa dan sedikit garam.
  6. Sendukkan ke dalam pinggan hidang dan hias dengan hirisan daun sup.

Kerabu Kaki Ayam



Bahan-bahan
  • 1 kg kaki ayam (bersihkan)
  • 4 biji limau nipis (ambil jus)
  • 4 ulas bawang merah (mayang)
  • 5 helai daun saderi (hiris)
  • 1 tangkai cili merah

Cara Menyediakan


  1. Rebus kaki ayam dan buang tulangnya.
  2. Kemudian gaulkan bersama jus limau nipis, bawang merah, cili merah, garam dan gula.
  3. Apabila rata, taburkan hirisan daun saderi di atasnya dan hidangkan.

Tuesday, 30 November 2010

Ayam Penyet


Bahan-bahan untuk ayam

  • 1 ekor ayam - potong 8 bahagian, rebus selama 10 minit dan toskan
  • (simpan air rebusan ayam untuk buat sup)

Bahan-bahan dikisar


  • ½ sudu besar Jintan Manis – goreng tanpa minyak hingga naik bau
  • ½ sudu besar Jintan Putih – goreng tanpa minyak hingga naik bau
  • 3 sudu besar Biji Ketumbar – goreng tanpa minyak hingga naik bau
  • 1 sudu besar Serbuk Kari Ayam
  • 1 sudu besar Serbuk Kunyit
  • ½ sudu besar Serbuk Lada Putih
  • 3 ulas Bawang putih
  • 1cm Halia
  • Sedikit Air
  • 1 sudu kecil Garam
  • Minyak masak untuk menggoreng.


Cara menyediakan

  1. Masukkan kesemua bahan dalam pengisar, kisar hingga halus.
  2. Lumur bahan yang telah dikisar pada ayam dan perap semalaman.
  3. (Simpan bahan kisar yang berlebihan untuk goreng tempe dan tahu.)
  4. Setelah perap semalaman, golek-golekkann pada tepung beras.
  5. Panaskan minyak dan goreng hingga garing.

Bahan-bahan untuk sambal

  • Sedikit minyak masak
  • 20 batang Cili merah (lebihkan jika mahu lebih pedas)
  • 10 biji Cili padi
  • 10 biji Bawang kecil, hiris
  • 3 biji Bawang putih, hiris
  • 5 biji Tomato, potong 4
  • 5 cm Belacan
  • 2 sudu Ikan Bilis
  • 3 sudu gula merah/secukup rasa

Cara menyediakan

  1. Panaskan minyak. Goreng ikan bilis hingga garing/rangup. Angkat dan ketepikan.
  2. Goreng belacan seketika Angkat dan ketepikan. Masukkan bawang merah, bawang putih dan cili. Setelah layu, masukkan tomato. Gaul rata dan tutup api. Angkat dan ketepikan.
  3. Sejukkan semua bahan yang telah digoreng pada suhu bilik. Masukkan kesemuanya ke dalam pengisar atau lesung batu. Kisar atau tumbuk sehingga separa halus.
  4. Masukkan ke dalam periuk dan panaskan. Masukkan gula merah dan gaul rata.

Wednesday, 18 March 2009

Kari Ayam Ala Kampung


Bahan-Bahan

  • 1 ekor ayam dipotong 12 (Seeloknya Ayam Kampung)
  • 3 biji kentang dipotong 4
  • 7 ulas bawang merah (kecil)
  • 4 ulas bawang putih
  • 1/2 inci halia
  • 4 batang serai - dihiris dan ditumbuk
  • secubit halba
  • 1 bungkus kecil rempah kari Babas
  • 1 helai daun kunyit - dihiris halus
  • 5 helai daun limau purut - dihiris halus
  • 1 tangkai daun kari
  • 2 keping asam keping
  • 100 gm santan pekat
  • 3 cawan air
  • garam secukup rasa
  • sedikit serbuk perasa
  • 1 senduk minyak untuk menumis

Cara Memasak

  1. Tumbukkan bawang merah, bawang putih, halia, dan serai (tumbuk jangan lumat sangat).
  2. Kemudian, bancuhkan bahan2 yang ditumbuk tadi didalam mangkuk bersama-sama dengan serbuk kari dengan sedikit air.
  3. Panaskan minyak didalam periuk, tumiskan daun kari dan halba.
  4. Tumiskan pula bahan2 bancuhan tadi. Tumis hingga naik bau.
  5. Masukkan secawan air dan santan kemudian masukkan ayam dan kentang
  6. masukkan lagi air, biarkan ianya mendidih sehingga ayam dan kentang masak hingga empuk (lebih kurang 30 minit)
  7. Akhir sekali masukkan asam keping, garam, serbuk perasa daun kunyit dan daun limau purut


Cadangan Masakan
tiada
Saiz Hidangan : 6 orang | Sumber Resipi : Resepi bonda

Ayam Masak Lemak Tempoyak


Bahan-Bahan
  • 1 ekornayam - dipotong 18
  • 10 tangkai cili padi ditumbuk
  • 4 inci kunyit hidup - ditumbuk
  • 2 helai daun kunyit - disimpul
  • 2 batang serai - dititik
  • 3 senduk tempoyak
  • santan pekat dari 2 biji kelapa
  • sedikit garam
  • sedikit gula
Cara Memasak
  1. Gaulkan ayam bersama-sama dengan bahan yang ditumbuk.
  2. Sediakan periuk, masukkan ayam yang digaul tadi kedalam periuk dan masukkan santan.
  3. Masakkan diatas api yang perlahan, kacau perlahan-lahan sehingga pecah minyak.
  4. Masukkan daun kunyit, serai dan tempoyak. Masukkan juga garam dan gula.
  5. Bila ayam sudah masak dan santan dan pecah minyak bolehlah dihidangkan.

Cadangan Masakan
tips- kacau sehingga kuah benar-benar pecah minyak.
Saiz Hidangan : 4 orang | Sumber Resipi : Sendiri

Ayam Kampung Goreng Berempah

Bahan-Bahan

  • 1 ekor ayam kampung (ayam daging pun boleh gak)
  • 6 ulas bawang kecil (merah)
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1 bungkus kecil rempah kari "daging & ayam Baba's"
  • 1 sudu kecil serbuk lada putih
  • sedikit serbuk perasa
  • garam secukup rasa
  • 2 tangkai daun kari yang dihiris halus
  • minyak untuk menggoreng


Cara Memasak
  1. Ayam dipotong 12 dan dibersihkan
  2. Tumbuk bawang putih, bawang merah, halia dan garam sehingga betul2 lumat
  3. Lumurkan bahan2 yang ditumbuk, serbuk lada putih, serbuk perasa, daun kari dan rempah kari pada ayam;
  4. Kemudian perapkan ayam tersebut selama 4-5 jam
  5. Selepas proses pemerapan, panaskan minyak secukupnya didalam kuali dan goreng ayam tersebut.
  6. Siap untuk dihidangkan.


Cadangan Masakan
Kalau nak lagi sedap, perap ayam semalaman. Ayam yang digoreng tadi lebih enak jika diperahkan dengan sedikit jus limau nipis/lemon. Boleh juga dimakan bersama-sama dengan peppermint sos.
Saiz Hidangan : 6 orang | Sumber Resipi : Mamadanish

Rendang Ayam Tomato Hijau


Bahan-Bahan

  • 600gm ayam dipotong kecil
  • 6 sb minyak masak
  • Garam secukup rasa
  • 1 cawan air

Bahan Tumbuk / Kisar dan diperap pada ayam

  • 6 bj bawang putih
  • 1 st serbuk kunyit
  • 1 st serbuk jintan
  • 1 sb rempah soto
  • 4 sb kerisik
  • 1 sb gula
  • 2 sb air asam jawa
  • 3 sb lada kisar
  • Sedikit garam

Bahan Diketuk dan diperap juga pada ayam

  • 4 btng serai
  • 1 cm halia
  • 2 cm lengkuas

Bahan potong kasar

  • 2 bj tomato hijau
  • 3 bj lada hijau dipotong serong

Cara Memasak

  1. Perap ayam yang telah dipotong kecil dan dibasuh bersama bahan yang telah ditumbuk dan diketuk selama 10 minit
  2. Panaskan minyak dan masukkan ayam yang telah diperap itu tadi ke dalam kuali
  3. Biarkan hingga hampir kering masukkan air sedikit demi sedikit supaya ayam tidak terlalu kering
  4. Rasakan garam , gula dan asamnya.
  5. Bila sudah masak ayamnya masukkan tomato dan lada hijau
  6. Biarkan seketika hingga tomato dan lada hijau masak.


Cadangan Masakan
1.Sedap dimakan bersama nasi panas
Saiz Hidangan : 8 - 10 orang | Sumber Resipi : Mamadanish

Thursday, 12 March 2009

Ayam Goreng / Bakar Istimewa


Bahan-bahan ( 4-5 orang )

  • Seekor ayam (dipotong ikut suka, dibersih dan direbus dgn sedikit garam sehingga separuh masak dan ditoskan serta disejukkan terlebih dahulu)
  • 7 ulas bawang merah (dikisar)
  • 3 ulas bawang putih (dikisar)
  • 1 inci halia (dikisar)
  • 2 sudu makan lada sulah
  • 1 sudu makan serbuk lada hitam
  • 1 sudu makan jus lemon @ sos plum
  • 1 sudu makan sos cili
  • 1 sudu makan sos tiram
  • 2 sudu makan minyak zaitun/minyak masak (hanya utk kaedah membakar sahaja)
  • garam dan gula secukupnya.
  • minyak utk goreng terendam

Cara-cara

  1. Gaulkan ayam dgn bahan2 di atas dan perap lbh kurang 1 jam. Jika hendak membakar, add minyak zaitun/minyak masak utk perapan.
  2. Goreng sehingga masak.
  3. Untuk kaedah membakar, panaskan oven 180C. Sediakan tin pembakar, lengserkan dgn minyak zaitun/minyak masak. Susunkan ayam dan tutup dgn kertas foil. Masak selama 30 minit. Buka kertas foil, renjis2 sedikit dgn bahan perapan td dan bakar semula selama 10 minit atau sehingga masak (bergantung pd jenis oven yg digunakan).


Hidangkan bersama nasi ayam/nasi putih dsb. Untuk resepi nasi ayam dayang, bolehlah singgah ke blog dayang utk rujukan. http://dayangjack.blogspot.com/2009/03/nasi-ayam-istimewa.html

Tuesday, 10 March 2009

Ayam Goreng Berempah


Bahan-bahan ( 5 orang )
  • 5 ketul ayam (apa-apa bahagian yg digemari)
  • 2 camt garam
  • 1 camt serbuk kunyit
  • 1 camt serbuk jintan manis
  • 1 camt serbuk jintan putih
  • Minyak untuk menggoreng

Cara-cara

  1. Gaul mesra kesemua bahan (kecuali minyak). Perap selama 15 minit.
  2. Goreng sehingga garing.


Sumber: Akma

Saturday, 7 March 2009

Ayam Kalasan


Sumber : Variasi Masakan Selatan oleh Norzailina Nordin
Kiriman & Gambar : Jeni

Bahan-bahan
500 ml santan dari 1 biji kelapa
1 ekor ayam potong 8
1 sudu makan kicap manis
1 sudu teh kunyit serbuk
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak

Bahan (A) ditumbuk kasar
6 cm lengkuas
5 cm halia
4 cm kunyit
5 ulas bawang putih
5 batang serai
2 biji bawang besar

Cara Membuatnya

1. Perap ayam bersama kicap, serbuk kuinyit dan garam selama 1 jam.

2. Rebus ayam dengan santan dan bahan (A). Tambah gula dan garam secukup rasa.

3. Bila ayam setengah masak, angkat ayam dan letak di dalam penapis. Toskan bahan rebusan. Ketepikan.

4. Panaskan minyak, goreng ayam hingga keemasan. Letak di dalam pinggan.

5. Goreng pula bahan rebusan yang ditapis di dalam minyak tadi. Bila sudah garing, angkat dan taburkan di atas ayam tadi.

Rendang Ayam


Bahan-Bahan:

1 ekor ayam
1 mangkuk santan pekat
10 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
3 cm halia
3 cm lengkuas
20 tangkai cili kering
2 helai daun kunyit
3 sudu besar kerisik
1 keping asam gelugur
Sedikit garam

Cara-Cara:

Ayam dipotong ikut suka dan dibersihkan. Cili kering, halia, bawang merah, lengkuas dan bawang putih dikisar halus. Masukkan semua bahan yang telah dikisar ke dalam kuali, kemudian tambahkan ayam dan kerisik. Kacau rata agar semua bahan sebati dan bahan masak dengan api yang sederhana hingga air ayam kering. Kemudian masukkan santan pekat dan daun kunyit, sentiasa dikacau. Setelah kuah pekat masukkan garam dan asam keping, kacau rata hingga kuah kering.

Ayam & Sayuran Masak Paprik

Bahan-Bahan:
500 gm ayam dipotong kecil
Sedikit sotong, udang, daging
4 biji tomato
1 batang carrot
1 peket jagung muda
100 gm bunga kobis
100 gm brocolli
2 helai daun limau purut 2 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
2 inci halia
2 sudu besar cili kisar
5 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap manis
2 sudu besar sos cili
Garam secukup rasa
Cara:
Bawang merah,putih dan halia ditumis hingga kekuningan, kemudian masukkan cili kisar hingga naik bau, kemudian masukkan garam.
Masukkan sos tiram dan biar sebentar. Masukkan ayam, daging, sotong, udang dan sayuran. Biarkan hingga masak.
Masukkan daun limau purut untuk baunya. Kemudian masukkan sos cili untuk memekatkan kuah paprik.

Ayam Berempah

Bahan-Bahan:
1 ekor ayam (dibersihkan & dipotong kecil-kecil)
garam secukup rasa
4 sudu besar minyak makan
1 cawan teh pati santan
Air limau 1 biji limau nipis Bahan Giling:
15 ulas bawang merah
5-6 batang lada merah
8 ulas bawang putih
2 cm kunyit hidup
Cara:
Satukkan bahan-bahan giling & garam. Lomor rata-rata ke atas ayam & ketepikan selama 3-4 jam. Pijarkan minyak diatas api yang besar. Goreng ketulan-ketulan ayam hingga garing & rata kuningnya.Kecilkan api. Masukkan pati santan & didihkan perlahan-lahan
dengan bertutup hingga empuk. Masukkan air limau nipis & sesuaikan rasanya. Hidangkan panas-panas dengan nasi putih atau roti.
Cadangan Hidangan:
Untuk 4 orang saja

Thursday, 5 March 2009

Rendang Ayam Rempah Biji


Bahan-Bahan

  • seekor ayam

Bahan A

  • 10 tangkai cili kering
  • 5 biji bawang besar
  • 1 labu bawang putih
  • 2 sudu rempah biji
  • 1 sudu jintan manis
  • 1 sudu jintan putih

Bahan B

  • minyak untuk menumis
  • 5 sudu kerisek
  • 5 sudu kicap
  • garam secukup rasa
  • daun kunyit dimayang halus

Cara-cara

Bahan A digoreng dengan sedikit minyak. Kemudian dikisar. Gaul dan perap ayam dengan bahan A dan kicap. Tumis sedikit bahan kisar tadi hingga pecah minyak. Masukkan ayam yang diperap. Masukkan kerisek. Masak hingga ayam empuk. Masukkan garam secukup rasa. Taburkan dengan daun kunyit.

Tambahan:

Boleh dimakan bersama nasi, atau lemang, ketupat dan roti.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...