Followers

Wednesday, 18 March 2009

Ayam Masak Lemak Tempoyak


Bahan-Bahan
  • 1 ekornayam - dipotong 18
  • 10 tangkai cili padi ditumbuk
  • 4 inci kunyit hidup - ditumbuk
  • 2 helai daun kunyit - disimpul
  • 2 batang serai - dititik
  • 3 senduk tempoyak
  • santan pekat dari 2 biji kelapa
  • sedikit garam
  • sedikit gula
Cara Memasak
  1. Gaulkan ayam bersama-sama dengan bahan yang ditumbuk.
  2. Sediakan periuk, masukkan ayam yang digaul tadi kedalam periuk dan masukkan santan.
  3. Masakkan diatas api yang perlahan, kacau perlahan-lahan sehingga pecah minyak.
  4. Masukkan daun kunyit, serai dan tempoyak. Masukkan juga garam dan gula.
  5. Bila ayam sudah masak dan santan dan pecah minyak bolehlah dihidangkan.

Cadangan Masakan
tips- kacau sehingga kuah benar-benar pecah minyak.
Saiz Hidangan : 4 orang | Sumber Resipi : Sendiri

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...