Followers

Wednesday, 18 March 2009

Rendang Ayam Tomato Hijau


Bahan-Bahan

  • 600gm ayam dipotong kecil
  • 6 sb minyak masak
  • Garam secukup rasa
  • 1 cawan air

Bahan Tumbuk / Kisar dan diperap pada ayam

  • 6 bj bawang putih
  • 1 st serbuk kunyit
  • 1 st serbuk jintan
  • 1 sb rempah soto
  • 4 sb kerisik
  • 1 sb gula
  • 2 sb air asam jawa
  • 3 sb lada kisar
  • Sedikit garam

Bahan Diketuk dan diperap juga pada ayam

  • 4 btng serai
  • 1 cm halia
  • 2 cm lengkuas

Bahan potong kasar

  • 2 bj tomato hijau
  • 3 bj lada hijau dipotong serong

Cara Memasak

  1. Perap ayam yang telah dipotong kecil dan dibasuh bersama bahan yang telah ditumbuk dan diketuk selama 10 minit
  2. Panaskan minyak dan masukkan ayam yang telah diperap itu tadi ke dalam kuali
  3. Biarkan hingga hampir kering masukkan air sedikit demi sedikit supaya ayam tidak terlalu kering
  4. Rasakan garam , gula dan asamnya.
  5. Bila sudah masak ayamnya masukkan tomato dan lada hijau
  6. Biarkan seketika hingga tomato dan lada hijau masak.


Cadangan Masakan
1.Sedap dimakan bersama nasi panas
Saiz Hidangan : 8 - 10 orang | Sumber Resipi : Mamadanish

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...