Followers

Thursday, 17 February 2011

Ayam Pedas Wangi



Bahan-bahan
  • 1 ekor ayam - dipotong & digoreng
  • 4 ulas bawang merah - dimayang
  • 3 ulas bawang putih - dimayang
  • 3 cm halia - dimayang
  • 5 cm kulit kayu manis
  • 3 kuntum bunga cengkih
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 4 sudu besar cili kisar
  • 3 besar sos tomato
  • 6 sudu besar sos cili
  • 1 1/2 sudu besar serbuk pati ayam
  • 2 cm belacan - dihancurkan
  • 2 labu bawang besar - dipotong tebal
  • 3 biji tomato - dibelah 4
  • 1 tangkai daun bawang - dikerat 2 cm
  • 1/2 cawan minyak
  • Garam dan gula secukup rasa

Cara Menyediakan
  1. Panaskan minyak, tumiskan bahan yang dimayang dan juga kulit kayu manis, bunga cengkih dan bunga lawang. Kacau sehingga wangi.
  2. Masukkan cili kisar, serbuk pati ayam, belacan dan sedikit air. Kacau dan biarkan sehingga pecah minyak.
  3. Masukkan sedikit air, sos tomato, sos cili, garam, gula dan bawang besar. Kacau dan biarkan mendidih. Jika terlalu kering, tambah sedikit air.
  4. Masukkan ayam dan kacau hingga rata.
  5. Akhir sekali masukkan tomato dan daun bawang. Kacau hingga rata dan angkat.

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...