Followers

Tuesday, 8 February 2011

Ayam Halia

Gambar Hiasan




Bahan-bahan
  • 1 ekor ayam
  • 50 gm daun sup
  • 3 sudu besar sos tiram
  • 3 sudu besar kicap cair
  • 10 tangkai cili padi - diketuk
  • 4 ulas bawang putih - dimayang halus
  • 4 labu bawang besar - dipotong bulat
  • 4 cm halia - dimayang halus
  • Garam secukup rasa
  • Sedikit serbuk perasa
  • Serbuk lada putih secukup rasa
  • Minyak untuk menggoreng
  • Air secukupnya
  • 1 sudu besar hirisan daun sup untuk hiasan

Cara menyediakan
  1. Ayam dipotong kecil dan dibersihkan, kemudian gaul dengan garam dan lada sulah.
  2. Goreng ayam hingga setengah masak. Ketepikan.
  3. Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan-bahan hiris hingga naik bau.
  4. Masukkan ayam, cili padi, sos tiram dan kicap cair bersama sedikit air.
  5. Kacau sehingga sebati, masukkan serbuk perasa dan sedikit garam.
  6. Sendukkan ke dalam pinggan hidang dan hias dengan hirisan daun sup.

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...