Followers

Tuesday, 5 April 2011

Roti Kubur


Roti Kubur (pernah dengar tak?) Hehe..


Bahan-bahan
  • 1 kg tepung gandum
  • 2 1/2 cawan air atau mengikut kesesuaian tepung
  • 1 sudu kecil garam
  • Minyak untuk menggoreng
  • Gula secukupnya

Cara-cara menyediakan
  1. Masukkan garam ke dalam air. Kacau hingga sebati.
  2. Tuangkan air bergaram sedikit demi sedikit ke dalam tepung dan uli hingga sebati. Jika keras, basahkan air di tangan dan uli lagi. Jika lembik pula, taburkan sedikit tepung dan uli hingga tepung lembut dan tidak melekat di jari.
  3. Ambil sedikit doh, canai nipis kemudian terap bulat dengan mulut gelas.
  4. Sapu sedikit minyak dan tekan lagi doh hingga benar-benar nipis seperti roti canai.
  5. Goreng hingga kekuningan dan tuskan minyaknya sebelum ditaburkan gula di antara dua keping roti.

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...