Followers

Tuesday, 5 April 2011

Puteri Dua Sebilik



Bahan-bahan
  • 2 cawan tepung pulut hitam
  • 2 keping gula kabung - dipotong empat segi kecil
  • 3 cawan santan pekat
  • 1/2 sudu besar tepung kanji
  • Sedikit gula pasir untuk tabur
  • Daun pisang - dibentuk sampan

Cara-cara menyediakan
  1. Bancuh tepung pulut dengan air hingga menjadi doh seperti buah melaka. Bentuk bulat dan isikan dalamnya dengan sekeping kecil gula kabung.
  2. Masukkan dua biji doh kecil ke dalam daun pisang.
  3. Di dalam mangkuk lain, satukan santan dan tepung kanji. Kacau rata dan tuangkan ke dalam sampan daun pisang berisi doh pulut tadi.
  4. Taburkan gula pasir dan kukus hingga masak.

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...