Followers

Thursday, 17 February 2011

Spageti Pedas



Bahan-bahan
  • 180gm spageti
  • 1 kupang
  • 40gm udang harimau
  • 50gm sotong – dipotong kecil
  • 5gm cili merah – dihiris
  • 5gm daun basil segar – dihiris
  • 1 sudu besar bawang putih cincang
  • ½ sudu kecil lada hitam kisar
  • ½ sudu kecil serbuk cili
  • Garam secukup rasa
  • Minyak zaitun
  • Keju parmesan – untuk ditabur

Cara menyediakan spageti
  1. Didihkan air secukupnya di dalam periuk. Masukkan spageti dan masak mengikut spesifikasi pada paket spageti.
  2. Tos dan lalukan di bawah air sejuk beberapa saat.
  3. Letak spageti di dalam pinggan dan gaulkan sedikit minyak zaitun agar tidak melekat.

Cara menyediakan sos spageti
  1. Panaskan minyak dan tumis bawang putih hingga wangi.
  2. Masukkan kupang serta sotong.
  3. Besarkan api dan tambah udang. Balik-balikkan dan teruskan menumis tiga ke lima minit hingga semua makanan laut hampir masak.
  4. Tambahkan lada hitam, cili hiris, serbuk cili dan garam.
  5. Gaulkan spageti dan apabila selesai, tabur basil cincang dan parutan keju parmesan.


0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...