Followers

Tuesday, 8 February 2011

Nasi Lobak Bersar



Bahan A
  • 2 cawan beras basmati

Bahan B
  • 1/2 batang lobak merah - diparut dan dihiris
  • 1/2 labu bawang besar
  • 3 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 cm halia
  • 2 cm kulit kayu manis
  • 3 biji buah pelaga
  • 3 kuntum bunga lawang
  • 1 sudu besar minyak sapi
  • 1 sudu besar minyak masak
  • 1 sudu kecil rempah nasi beriani
  • 1/4 sudu kecil rempahan ayam rempah lima
  • 1 sudu besar sos tomato
  • 1 sudu kecil stok ayam pekat
  • 1/4 sudu kecil serbuk pati ayam
  • 1/8 kiub pati ikan bilis
  • 1/8 kiiub pati lembu
  • 1 cawan susu sejat penuh krim
  • 1 sudu kecil yogurt madu
  • 1 sudu kecil jus minuman oren
  • 2 cawan air
  • 50 gm gajus
  • 20 gm kismis

Cara Menyediakan
  1. Bawang merah, bawang besar, bawang putih dan halia dimayang halus.
  2. Panaskan minyak sapi dan minyak, tumis kulit kayu manis, buah pelaga, bunga lawang dan kesemua bahan yang telah dimayang halus.
  3. Biar sehingga naik aroma, kemudian baru dimasukkan rempahan nasi beriani dan rempahan ayam rempah lima.
  4. Tuangkan air, stok ayam pekat, sos tomato, serbuk pati ayam, kiub pati ayam, kiub pati ikan bilis, susu sejat peruh krim, yogurt madu dan jus oren.
  5. Setelah mendidih, bari dimasukkan beras yang telah dibasuh dan dituskan.
  6. Kacau seketika dan biarkan nasi separuh masak.
  7. Masukkan kismis dan gajus, tutup periuk sehingga nasi masak.
  8. Setelah masak, angkat dan hidangkan.

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...