Followers

Friday, 21 January 2011

Terung Goreng Bukit Tinggi




Bahan-bahan
  • 4 biji terung ungu panjang (belah tengah tapi jangan putus)
  • 1/2 sudu kecil garam halus
  • 1 sudu kecil serbuk kunyit
  • 1 1/2 sudu besar air sejuk
  • (Semua bahan di atas digaul rata)
  • 1 1/2 cawan minyak masak


Bahan-bahan tumbuk
  • 4 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 2 cm halia
  • 2 sudu besar cili kisar
  • 1/4 cawan air asam jawa
  • 1 cm belacan
  • 1 1/2 sudu besar gula merah
  • Garam secukup rasa
  • 80 gm ikan bilis kecil

Cara Menyediakan
  1. Panaskan minyak dalam kuali dan goreng terung hingga lembut. Angkat dan ketepikan.
  2. Dengan menggunakan minyak yang sama, goreng ikan bilis hingga garing, ketepikan.
  3. Keluarkan minyak dan tinggalkan tiga sudu besar, tumis bahan-bahan tumbuk hingga naik bau.
  4. Masukkan pula cili kisar, air asam jawa dan belacan, goreng hingga pecah minyak.
  5. Akhir sekali masukkan pula gula merah dan garam secukup rasa.
  6. Kacau dan padamkan api. Bubuh terung dalam pinggan, curahkan sambal di atas terung dan taburkan ikan bilis goreng.

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...