Followers

Thursday, 5 March 2009

Nasi Arab Istimewa


Bahan-bahan 
  • ½ ekor ayam (dipotong kecil-kecil)/ daging
  • 1 paket rempah briyani maggi
  • 1 labu bawang besar
  • 1 inci halia
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 biji bunga lawang
  • 2 biji bunga cengkih
  • 2 biji buah pelaga
  • kulit kayu manis
  • minyak sapi utk menumis
  • Bahan-bahan :
  • 1 kg beras basmathi
  • ½ cawan susu cair
  • 3 sudu besar sos tomato
  • garam sucukup rasa
  • Daun ketumbar
  • kismis


Cara-cara

  1. Perap ayam dengan rempah briyani maggi sekurang-kurang 1-2 jam
  2. Blend bawang besar, bawang putih dan halia.
  3. Panaskan minyak sapi di dalm kuali. Tumis bunga lawang,bunga cengkih, buah pelaga,kulit kayu manis. kemudian masukkan bahan yg telah dikisar tadi. Tumis sehingga naik bau/wangi.
  4. Masukkan ayam yg telah diperap.
  5. Masukkan garam dan gula secukup rasa. Masak sehingga ayam kelihatan sudah masak.
  6. Sementara menunggu ayam masak, basuh beras dan toskan. Masukkan ke dalam periuk. Masukkan sos tomato, dan susu cair. Kacau rata.
  7. Masukkan ayam yg telah dimasak. Gaul rata. Masak sehingga nasi masak.


Cadangan Hidangan:

Bawang goreng,daun bawang,dan lada besar-merah. Tabur di atas nasi.

Tambahan:

Sedap dimakan bersama paceri nenas, sambal lada dan acar timun mentah.

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...