Followers

Tuesday, 8 February 2011

Sup Ayam Berempah



Bahan-bahan
  • 1 ekor ayam - dipotong kecil
  • 1 kiub pati ayam
  • 3 biji tomato - dicincang
  • 4 ulas bawang putih - dihiris nipis
  • 3 cm halia - dihiris nipis
  • 4 cm kulit kayu manis - dikisar
  • 2 kuntum bunga lawang - dikisar
  • 5 kuntum bunga cengkih - dikisar
  • 1 sudu kecil serbuk lada sulah
  • 1 sudu besar serbuk kari daging
  • 2 mangkuk air
  • 1 cawan susu segar
  • 2 sudu besar mentega
  • 1 tangkai daun sup - dihiris halus
  • 1 tangkai daun bawang - dihiris halus
  • Bawang goreng
  • Garam secukup rasa

Cara Menyediakan
  1. Tuangkan air ke dalam periuk dan masukkan bahan-bahan kisar, halia, bawang putih, serbuk lada, serbuk kari dan kiub ayam kemudian dijerang hingga mendidih.
  2. Masukkan ayam, kacau dan biarkan hingga empuk.
  3. Masukkan garam, tomato cincang, susu segar dan mentega, kemudian biarkan hingga mendidih selama dua atau tiga minit, barulah diangkat.
  4. Masukkan ke dalam mangkuk, taburkan daun sup, daun bawang dan bawang goreng ke atasnya lalu dihidang panas-panas.

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...