Followers

Wednesday, 18 March 2009

Sup Ayam Dengan Cendawan



Bahan-Bahan
Bahan-bahan rebusan
  • 1/2 ekor ayam dipotong kecil
  • 3 cawan air
  • 2 kiub ayam maggi
  • 10gm cendawan putih (white fungus)
  • 10 gm cendawan shitake
  • 10gm cendawan hitam (black fungus)
  • 1 biji lobak merah dipotong kecil
  • 3 biji kentang dipotong 4

Bahan untuk tumisan
  • 5 ulas bawang putih- ditumbuk
  • 1 inci halia-ditumbuk
  • 1 labu bawang besar-dihiris
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 4 kuntum bungan lawang
  • 4 biji buah pelaga
  • 4 kuntum bunga cengkih
  • 1 senduk minyak masak
  • garam secukup rasa
Cara Memasak
  1. Ayam yang telah dibersihkan direbus didalam periuk bersama-sama dengan 3 cwn air.rebus selama 30 minit.
  2. Masukkan kiub ayam, kentang dan lobak merah, biarkan ianya empuk lebih kurang dalam 10 minit.
  3. Apabila sudah empuk, masukkan kesemua cendawan-cendawan tadi ke dalam periuk rebusan tadi.
  4. Di dapur yang lain pula, panaskan minyak ke dalam kuali dan tumis semua bahan-bahan tumisan tadi. Bila sudah garing masukkan sesenduk air rebusan tadi.
  5. Tuangkan kesemua bahan tumisan tadi ke dalam periuk rebusan sup tadi.
  6. Siap untuk dihidangkan

Cadangan Masakan
Bagi yang nak masak dengan mudah... cuma tumiskan bawang putih, halia, dan bawang merah kemudian masukkan bahan-bahan rebusan ke dalam periuk. Renehkan selama 40 minit-1 jam

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...