Followers

Wednesday, 18 March 2009

Kari Kepala Ikan

Bahan-Bahan

  • 1 ketul kepala ikan jenahak (dibelah dua)


Bahan-bahan untuk ditumis

  • 7 ulas bawang merah -ditumbuk
  • 3 ulas bawang putih -ditumbuk
  • 2 inci halia -ditumbuk
  • sedikit daun kari
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 1 batang kulit katu manis
  • 3 biji buah pelaga
  • 1/2 sudu kecil halba
  • 4 sudu besar serbuk cili (babas)
  • 1 paket kecil serbuk kari ikan babas
  • 1 cawan minyak untuk menumis
  • 2 biji tomato- dipotong 4
  • 6 batang bendi yang telah dipotong dan dicelur
  • 2 cawan air
  • 2 keping asam gelugur (asam keping)
  • garam secukup rasa
  • 4 sudu besar bawang goreng

Cara Memasak

  1. Panaskan minyak didalam kuali. Masukkan halba, bunga lawang, buah pelaga, kulit kayu manis, bawang merah, bawang putih, halia dan daun kari. Tumis sehingga naik bau.
  2. Kemudian masukkan rempah kari dan serbuk cili dengan sedikit air. Gorengkan lagi sehingga garing.
  3. Masukkan 2 cawan air dan tomato. Bila kuah sudah mendidih, masukkan kepala ikan. Biarkan lebih kurang 10 minit.
  4. Kemudian masukkan asam gelugur, garam, bendi dan bawang goreng (ramas-ramaskan dulu)
  5. Sedia untuk dihidangkan

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...