Followers

Tuesday, 10 March 2009

Daging Blackpepper Berasap


Bahan-bahan ( 4 Orang )

  • 1/2 kilo daging direbus
  • 3 biji kentang dipotong dan digoreng
  • 2 biji bawang merah dihiris
  • 2 biji bawang putih dicincang
  • 6 atau 7 tangkai cili padi (ikut suka)
  • 2cm Halia dicincang
  • 1 sudu makan kicap manis
  • 1/2 sudu makan sos tomato
  • 1 sudu kecil sos tiram
  • 1 1/2 sudu makan lada hitam kemudian ditumbuk
  • garam secukup rasa

Cara-cara

  1. Rebus daging hingga empuk, jangan sampai kering plak air tu, tinggal kan sedikit air daging
  2. Panaskan minyak, goreng daging yang dah direbus tadi lebih kurang 4 atau 5 minit.
  3. Masukkan lada hitam, halia, bwg merah, putih, lada padi (family saya suka makan pedas, so, letak byk lada padi) dan kentang yg telah digoreng dahulu. Jika bawang dah layu skit, masukkan air daging tadi.
  4. Masukkan sos tiram, sos tomato, kicap manis dan garam
  5. Sedia dihidang...sedap kalau makan panas2.

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...